WELCOME TO EXPLORE THE RICHNESS OF MALAYSIA

Followers

Saturday, 23 May 2015

TEMPAT MENARIK DI JOHOR !

1) PULAU RAWA




Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatandi pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.

Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.





2) JOHOR PREMIUM OUTLETS




Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama diIskandar Malaysia, Johor, Malaysia.. Pusat beli-belah ini terletak di daerah Kulaijaya. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara. Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011.

Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara berjiranan iaitu Singapura. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.

Monday, 18 May 2015

Apa yang menarik di MELAKA ?

Melaka adalah salah satu negeri paling bersih yang perlu anda lawati dan banyak tempat pelancongan yang cukup menarik untuk di kunjungi di bandar bersejarah ini. Antara tempat yang menarik adalah: 


1) KOTA A FAMOSA



 
Kota A Famosa Melaka ialah sebuah kubu pertahanan orang Portugis yang dibina pada tahun 1511 sebaik sahaja Portugis berjaya menawan kota Melaka dari tangan orang Melayu. Ia terletak berdekatan dengan Muzium Istana Kesultanan Melaka. Kubu tentera ini dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka yang ditawan dan menggunakan bahan binaan hasil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar.




2) ZOO MELAKA & SAFARI


 

Zoo Melaka & Night Safari adalah zoo kedua terbesar di Malaysia yang dibina di tepi lebuhraya Ayer Keroh. Zoo yang dibina pada tahun 1963 ini memang merupakan antara tumpuan pelancong ke bandar Melaka — dengan lebih 1,000 pengunjung setiap hari.





3) MENARA TAMING SARI






Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.